Tips Memulakan Perniagaan

Early Stage


1. Tanya diri sendiri " Aku nak berniaga tak?"

2. Kalau jawapannya ok, "Aku nak berniaga apa ek?"

3. Itu soalan kalau ada modal yang banyak, kalau modal ciput? " Berapa modal yang aku ada?"

4. Sesuaikan lah perniagaan yang nak kita jalankan dengan modal yang kita ada dan minat serta kepakaran.. (tau tak yang kadang2 kita kene ada chemistry dengan apa saja yang kita buat, baru menjadi..)

5. Dah dpt jenis perniagaan yang sesuai? Apa lagi, cari lah nama perniagaan yang ko rasa boleh capture hati dan duit org.. hehe gurau jer..

6. Pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan daftar.. Tak tau kat mana dan berapa? Googlelah beb..

7. Plan your biznes.. Plan yang munasabah (jgn munasarawak plak) yang ko memang akan buat

8. Ikut satu2, step by step plan yang dah dibuat.. Plan ni jugak boleh digunapakai untuk mendapatkan dana nanti.. dapatkan download percuma rancangan perniagaan kat sini.. 
http://www.perniagaanmalaysia.com/download-contoh-rancangan-perniagaan/

9. Nasihat aku, jangan meminjam dana untuk memulakan perniagaan. Pinjaman dana hanya untuk menyokong sesebuah projek yang ko rasa boleh pergi jer atau bila ada masalah perniagaan yang ko rasa dah takde jalan lain..

 Tips memulakan perniagaan dengan modal yang paling minimum-Survivor Edition


Ramai yang memilih untuk berniaga online sbb boleh menjimatkan cost sewa premise. Untuk maklumat lanjut, klik sini.  Tapi bagi yang berminat untuk berniaga di premise tertentu, modal yang banyak adalah perlu. Kita cuba cut cost eh?


1. Cari premise yang strategic yang menawarkan separuh pintu..(maksudnya, sewa separuh kedai jer lah dulu.. nama pun beginner kan?) Atau kalau boleh dptkan premis yang rendah sewanya (contoh: kedai mara atau kedai majlis) Kalau dpt yang free lagi bagus.. trylah.. hehe..

2. Negotiate dengan owner kedai untuk dapatkan sewa yang paling minimum.. tawarlah sampai malam pun, aiman x ksah.. owner tu jer yang boring.. agak2 dia boring ajak dia gi kdai mamak belanja teh tarik sambil tawar lg sampai dpt.. bayangkan dapat kurangkan cost 10% pun jadilah untuk setiap bulan! Dah puas hati dengan sewa kdai yang murah? next step.. nak renovate kedai..

3. Mana ada modal beb, nak renovate kedai.. hihi.. xpe.. yang penting fikirkan apa yang boleh menarik org untuk masuk ke kedai korang.. (dinding lantai, ceiling).. main dengan warna lah.. yg lain x mampu..

4. Untuk perabut kegunaan kedai, encik pakailah rumah encik punya dulu yer.. tapi pastikan ianya sesuai untuk kegunaan kedai sbb kalau x sesuai nanti nampak mcm tak professional plak kan?

5. Gunakan perabot, carpet terpakai yang masih cantik.. kalau dpt cat yang terpakai bagus jugak.. trylah, hehe..

6. Perabot atau alatan kedai yang terpakai kalau di repair atau dicuci balik akan jadi seperti baru balik terutamanya yang diperbuat dari bahan logam atau kaca.. Percayalah...

7. Papan iklan, google lah papan iklan terpakai.. ambik rangka dia tukar cover jer.. dah siap, macam baru beb.. Tapi pastikan cost buat tu lebih murah dari yang baru..

8. Flyers kita boleh buat sendiri.. photocopy banyak2 then antar kat apek jual surat khabar tu suh dia selit kat dalam surat khabar tu.. kat sini baru 5sen sekeping.. kalau boleh tawar lg, lg bagus.. trylah, hehe..

9. Aku cadangkan, yang nk buat retail, beli produk yang dijangka meletop jer dulu.. 2, 3 jenis.. Focuskan untuk 3 produk tu jer dulu.. So, korang boleh beli dengan harga yang paling minimum dengn quantity yang banyak..

10. Untuk kurangkan lg cost.. ajaklah kengkawan ke sedara mara ke untuk share dgn korang.. Jangan takut dengan partnership. As long as korang ada contract, dan korang tegas.. its ok.. Partnership bagus bukan setakat berkongsi untung dan rugi.. Boleh kongsi kenalan, networking gak.. Boleh tambah kepercayaan pelanggan gak, boleh kongsi idea, kongsi keyakinan, kongsi kereta... erkkk..


So..... err, anybody wants to share with me..? Huhu..


Ooopss..Chow chin chow ler dulu... (Blushing...)